Aset dan Perkhidmatan

APA YANG KAMI URUS

Aset dan perkhidmatan koperasi

Kebun Sawit
Mengurus dan memajak kebun sawit milik 11 anggota seluas 22 hektar di sekitar Parit Sakai, Parit Jawa dan Parit Lajis, Muar.
Rumah Sewa dan Gerai
Mengurus 4 buah rumah sewa, 3 gerai perniagaan dan sebuah dusun buah-buahan di Parit Sakai, Muar.
Pembangunan Tanah
Membangunkan sebidang tanah kosong berstatus komersial di tengah pekan Parit Jawa, Muar. Perancangannya ialah sebuah bangunan rumah kedai tiga tingkat 4 pintu pada tahun 2028, bagi pulangan jangka panjang kepada anggota keluarga.

Piawaian dan sasaran

Semua kebun sawit di bawah pengurusan koperasi disasarkan memiliki lesen pekebun kecil MPOB dan pensijilan MSPO (Malaysian Sustainable Palm Oil), bagi menjamin kelancaran jualan buah sawit dari tanah anggota ke kilang sawit.

Koperasi juga mensasarkan purata pengeluaran Buah Tandan Segar (BTS) sekurang-kurangnya 20 hingga 22 tan sehektar setahun, melalui sistem pembajaan dan pengurusan perosak yang sistematik.

Ada pertanyaan?
Hubungi kami untuk maklumat lanjut tentang aset dan perkhidmatan koperasi.